Sunday 27 March 2011

**** SINDROM FACEBOOK @ BLOGGER*****

    Pagi minggu aku bangun seperti biasa, malas nak bermalas2 atas katil, rasanya dah penat berbaring semalaman. Aku mandi, solat dan kedapur menyiapkan sarapan, sambil sarapan aku membelek2 akhbar harian. Aku tertarik dengan satu coretan mengenai facebook, mengenai keburukan laman sosial yang menjadi ikutan jutaan manusia di seluruh dunia..termasuk suami, anak2 dan aku sendiri!
    Coretan tersebut mengenai sebuah rumahtangga yang dulu ceria kini bertukar hambar gara-gara isteri berkasih kembali dengan kekasih lamanya, semuanya bermula dari laman sosial tersebut! buruk benar bunyinya bila orang dah beranak penak, bercucu cicit maseh lagi mahu memadu kaseh, bercinta sakan , berbalas sms, bercatting dalam bahasa asmara, saling berSHARE lagu dan sebagainya d laman sosial tersebut. Itu bagi orang yang nafsunya telah mengatasi akal warasnya! memang buruk dan teruk!
    Namun bagi aku, mungkin sebaliknya.. sebenarnya dah lama aku sering mendengar anak-anak bercerita sesama mereka adik beradik tentang facebook ne, masa tu aku belum memiliki komputer lagi, anak-anakku sering ke cc, bila aku tanya untuk  apa ke sana, mereka kata nak layan fb..Bila balik ke kampung, anak-anak ku, ipar duaiku, anak-anak saudaraku semuanya bercerita pasal fb, dok depan komputer bercatting,,bergilir-gilir..mana yang ada bluebarry, blackberry maka mereka bertasbihlah sambil tersenyum-senyum!! haru betul penangan fb ne..
    Dan....akhirnya aku membuka account di fb dengan bantuan anak ku, siapa lagi kalau bukan kak long, dia kalau bab-bab macam ne memang suka dan pakar! Sebenarnya ada yang tersirat mengapa aku membuka account di fb ne.. meski dulunya aku memang x terdetik langsung nak melayarinya, bagiku itu hanya membuang masa,.. banyak lagi kerja yang lebih berfaedah untuk dilakukan selain layan fb tu!!
    Pertama nya aku dapat memantau anak-anak ku, mengenali kawan-kawan mereka yang secara tidak langsung menjadi kawan ku juga. Menjejaki kegiatan harian mereka selain waktu belajar mereka, kerana x semua kegiatan harian dengan kawan-kawan mereka diceritakan pada ku, tapi mereka akan bercerita di fb, saling memaparkan gambar-gambar!
    Anak-anak x semuanya sama, berbeza peribadinya, ada anak-anak yang becok, riang , ada yang pemarah,dengki, irihati dan ada yang pendiam, x banyak cakap, sepatah ditanya sepatah dijawab malah kadang-kadang x bersuara langsung.. Namun dengan adanya teknologi ne aku  dapat mendekati mereka,
Yang becok dan periang tu dah semestinyalah jadi kawan baik aku,..,anak-anak yang pemarah dan pendiam ne agak sukar untukku mendekatinya..kini..... dah x sesukar dulu kerana aku dapat mendekati mereka di laman fb, berbual-bual dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka dan kawan-kawan mereka!
Yang kelakarnya dok dalam satu rumah tapi berbual di fb, kekadang aku di komputer mereka di lappy dan begitulah sebaliknya.Alhamdulillah kini aku dapat memantau anak-anaku dengan lebih dekat lagi, menegur mereka dan menasihati mereka dengan cara x langsung...dan mereka terima!
    Suami ku pula. ...ha...ini kes paling sukar!! suami aku ne jenis orang yang sentimentel dan romantik! ayat-ayat power tu!!Handsome tu x sangatlah p sweet lookinglah kata omputeh!  Beliau membuka account di fb lebih dulu dari aku( ini pun salah satu sebab aku buka account di fb) .Mula-mula buka account tu..kira oklah lagi,..tapi lama kelamaan bila kawan-kawan catting nya dah ramai (pompuan lagi ramai ) aku tengok beliau dah lain macam, mula dah berlama-lama depan lappy, kekadang anak-anak naik boring sebab x dapat nak guna lappy...abah dah x ikut giliran..kata mereka, abah dah melebihi waktu yang ditetapkan..abah itu...abah ini...aduh...pening kepala aku!!
    Baru-baru ne, setelah sekian lama mencari kekawan lamanya, suamiku telah terujumpa suatu grup kekawan sekolah nya di laman fb...bukan kepalang gembiranya beliau!!! x habis-habis bercerita tentang kekawan sesama sekolahnya dulu... seronok mengenang kembali memori sewaktu di kampung dulu.. katanya,
maka berSHARE lah mereka lagu- lagu zaman mereka dulu, saling memaparkan gambar dulu dan terkini...dan....paling hebat..beliau sanggup berjaga sampai pukul 2,3 pagi semata-mata untuk bercatting!! aduhai....celik IT betul suamiku!!!Kalau dulu masa luangnya dia suka lepak di kedai kopi, kini tidak lagi.. beliau lebih suka dok di rumah mengadap lappy dan kalau pergi berjalan-jalan , beliau tidak sabar-sabar nak pulang, nak bebual dgn kekawan di fb! ha...kan bagus tu..dapat tengok suami sentiasa di depan mata.
    Aku seorang wanita yang berfikiran terbuka, cemburu buta jauh sekali,..nak bersembang sampai ke subuh pun aku tak kesah asal jangan sampai lalai akan tugas-tugas harian dan kewajipan sebagai seorang suami sudah! dengan siapa dan apa yang beliau cattingkan aku x mahu tahu, kerana aku tahu sejauh mana hati beliau, lagipun laman sembang beliau pun selalu aku lawati dan saling bertukar-tukar komen! Bercattinglah suamiku kalau itu mengembirakan hati mu!
    Buat diri aku pula, x ada lah menarik sangat fb ne, setakat SHARE lagu, masukan gambar-gambar dan saling berkomen-komen apalah sangat..untuk orang-orang muda  rasa-rasanya oklah tapi buat orang yang dah berusia retro macam aku ne rasa-rasanya buat memantau anak-anak dan suami tau isteri bolehlah..nak mengadap sepenoh masa mintak maaflah,..banyak lagi kerja lain yang tak habis-habis nak di buat oleh seorang isteri, ibu dan nenek seperti aku ne!!
    Tapi..jangan x tau ,, ne satu penyakit lagi yang kak long dah ajarkan aku... jadi blogger pulak!!! ha... ne mak suka...memang suka...dapat mengasah minda mak yang dah lama berkarat ne!! alamak...ne layan blog mak terlupa nak masak,,idea dtg mencurah-curahlah pulak... nasib baik ada menantu..dah masak rupanya!
Terima kaseh menantuku!...
   Kesimpulannya di sini (buat aku) adalah.... baik Facebook atau Blogger sama sahaja ....MELALAIKAN  kalau kita obses padanya! Jadi pandai-pandailah kita mengawal diri dan memanafaatkan teknologi yang sedia ada dan pepandailah membahagi-bahagikan masa agar kita tidak terus hanyut di alam maya tanpa sempadan tersebut! Namun kalau di beri pilihan aku lebih suka ruangan blogger sebab di sini aku dapat mencurahkan segala apa yang terbuku di hati aku, segala yang bersarang dalam minda aku dan segala memori lama yang pernah aku lalui semenjak aku di sekolah rendah sampailah aku dah beranak bercucu ni...semuanya dapat aku luahkan dalam coretan(ketukkan huruf-huruf)..aku puas!




.
Untuk Ruangan Sembang-sembang Midi
Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.editor.midi@karangkraf.com.my

No comments:

Post a Comment