Friday 18 March 2011

KEMBARA KEHIDUPAN KU

Tak tau dari mana nak ku mula, kerna hidup ini sudah terlalu jauh kembaranya ku rasakan..p pada situasi
begini ku rasa eloklah ku mulai dari pertengahan hidup kerna dari c 2 bermulanya kehidupan yg penoh liku..kadang gembira, kadang brduka,tangis hiba..hu..hu..,ketawa ria..ha..ha..

Ku tamatkan zaman remajaku pd usia 23 tahun,jodohku dgn insan yg amat ku cintai setengah mati (waktu itu)..lelaki yg jdi rebutan..p aku brjaya menawan hati..entahlah kerna apa aku berjaya aku sndiri pun x tahu..aku cantik!! katanya..entahlah sebab d antara aku ada lai yg cantik..aku pndi ambil hatinya..bila plak aku belah dada dia ???aku pndi masak....takat grg telor n masak air pandailah....itulah kepura2an namanya yg aku x nampak masa aku bcinta!!! silap...silap..kesilapan yg maha hebat!!!

Punya cahayamata pertama pd usia 24 tahun..pengalaman yg begitu myronokkan..kehamilan..membawa perut yg memboyot kemana2,tiap bulan g klinik smpilah bsalin,...g hospital,msuk ward..hampir2 d bedah kerna bayi menyongsang.....aduhai...alangkah kritikalnya ketika itu,,p x jdi sebab bayi dah kluarkan kaki kirinya sendiri..
dlm kesedaran yg hakiki dapat ku lihat kaki kiri c kecil tegedik2..alahai comelnya kaki itu ,,bisik hatiku sambil menahan kesakitan....maha besar kuasa Allah,,lahirlah anakku yg pertama dgn selamat wlaupun kelahirannya
tidak spt bayi2 lain(kaki dahulu),bayi normal kepala dulu!

Bermulalah kehidupan beranak penak...walau waktu itu rumahtanggaku penoh kemelut dek karenah sang suami..air mata bagai sahabat setiaku waktu itu, apa jua kehibaan ku telan sndiri bertemankan airmata yg setia
usia meningkat seiring waktu2 hiba ku...usia 26 anak kedua lahir,..sang suami x jua brubah..usia 31anak ke tiga, usia  33 anak keempat..di c nilah kemuncak kehibaan yg teramat hiba bagi seorang perempuan yg brstatus isteri..aku d MADU kan dgn seorang perempuan yang bergelar andalusia...x mengapa.....aku redha..
aku redha kerna aku sedari itu adalah qada` dan qadar kehidupan ku..mungkin ada hikmah d sebalik semua itu..bisik hati kecil ku sambil menahan air mata setia ku..aku iringi pernikahan mereka, aku duduk d samping
bakal maduku...aku tandatangani surat keizinan itu dan aku anggukan kepala tanda setuju bila dtanya oleh imam sambil tersenyum walau hati ku penoh kepiluan,,,wahai sahabat setia ku usahlah kau gugur saat ini kerna
ini adalah majlis gilang gemilang suamiku..jgn d rosakan dek kerna setitis air mata...semoga mereka
berbahagia!! doaku dlm hati dlm nada pilu.

.Kehidupan bermadu ku lalui biasa2 saja..aku n maduku baik2 saja, mcm kekawan..kekadang 2 kami pergi shooping sesama, mkn mlm sesama dan paling seronok bila kami sama2 memasak di dapur, menyediakan juadah untuk suami kami dan anak2 ku merangkap anak tiri madu ku..Dan paling x dapat ku lupakan ialah dia menjaga ku dan suami ku sewaktu aku dalam pantang anak ke lima ku.. waktu itu usia ku 35 thun.Kehadiran maduku ku rasa tidak merubah langsung kehidupan ku..kaseh sayang suamiku nampak tambah mendalam terhadap ku dan anak2,waktu bersamanya tidak terjejas langsung..mungkin kerna waktu itu aku dan dia bekerjasama dalam bisness pengangkutan ,(van sekolah)..aku seronok waktu itu..atau...aku buat2 seronok????entahlah!!!

Tahun1998 aku kembali ke kampung halamanku,dengan membawa perut yg sarat mengandung anak keenamku..ku tinggalkan pekan kecil yg penoh dgn memori suka duka dgn penoh duka nestapa... "selamat tinggal rumahku syorgaku, selamat tinggal kekawan,selamat tinggal jiran tetangga n selamat tinggal MADU ku"!..x tahu apa silap rumahtangga suami dan maduku jadi berantakan..yang penting bukan aku jdi penyebab mereka berpisah..tatkala suami menyatakan bahawa dia telah melepaskan maduku dgn talaq..... air mata hiba ku mengalir deras bagai air terjun gunung pulai..! sedih sungguh mengenangkan maduku yg menjanda !!

No comments:

Post a Comment