Wednesday 16 March 2011

~NASIB SI PEMANDU VAN SAPU~

    Pada saat turunnya hujan, bisness agak lembab, masa luang ku isi dengan mengelamun, mengenang memori silam, pedih hiba,gembira ria silih berganti. Entah mengapa kala ini aku teringat suatu memori yang hampir ku lupai, memori sewaktu aku menjadi pemandu van sapu!..orang Johor panggil "Pak wan cha"!
    Masa tu umur ku dalam lingkungan 30an, tinggal di sebuah pekan kecil ( namun merupakan pintu masuk ke Johor kalau menaiki kapalterbang), aku seorang surirumah sepenuh masa, punya 5 orang anak dan punya seorang madu!.Suami ku ada bisness pengangkutan jadi aku adalah salah seorang pemandunya, mengangkut murid-murid sekolah. Masa luang aku jadi pemandu van sapu!
    Aku ingat lagi, hari tu hari sabtu..kebiasaannya pada hari-hari cuti sabtu dan ahad atau cuti umum, orang memang ramai nak keluar berjalan-jalan, terutamanya pekerja-pekerja kilang yang tinggal di asrama. Jadi.. kesempatan inilah aku ambil untuk mengumpul rezeki. Tambang nya hanya rm1 sahaja seorang untuk sampai ke pekan.
    Aku bangun pagi seperti biasa, solat dan menyiapkan sarapan untuk anak-anak ku. Anak-anak tak bangun lagi,  aku bersiap-siap untuk pergi memancha, aku periksa air dan minyak hitamnya, aku hidupan enjen kemudian aku sapu dan lap lebih kurang dan aku pun bertolaklah dengan seribu harapan agar hari ini aku mendapat rezeki lebih sedikit dari hari-hari biasa.
    Mula-mula aku menghala ke asrama pekerja-pekerja kilang yang berdekatan dengan lapangan terbang, fuhh...ramainya yang nak ke pekan hari ini..rezeki nampaknya, aku jadi tak tentu arah, mana satu group yang nak aku ambil dulu? ah..ambillah mana-manapun sama sahaja, bayarannya tetap rm1 seorang.Biasanya van aku tu muat 10 orang penumpang saja, tapi hari itu aku sedikit tamak aku isi van aku seramai 12 orang..macam sadin!!pun...aku hayun saja..
    Alhamdulillah hari itu rezeki ku mewah sekali, menjelang tengahari aku dah dapat mengumpul lebih kurang rm80..banyak tu.. aku pulang ke rumah untuk melihat anak-anakku,dah bangunkah mereka? dah makan kah mereka?sampai di rumah anak-anak semuanya ok.Aku solat dan melayan anak-anak sekejap kemudian keluar lagi memancha, nak tambah rezeki, lebih-lebih lagi di pekan hari itu ada pasar malam, tentu tambah ramai orang yang nak keluar ke pekan.
    Kali ini aku menghala ke asrama pekerja di salah sebuah taman perumahan yang berdekatan dengan rumah ku, wow....ramainya yang nak ke pasar malam..pun..aku jadi gelabah, seorang demi seorang masuk dalam perut van ku, sampai 12 orang..aku jalan..seronoknya aku hari itu, namun dalam keseronokan itu terdetik dihati ini, mengapa x ramai yang memancha hari ini? selalunya kalau hari pasar malam begini ramai rakan van sapu yang akan turun,tapi tidak pada hari ini..mengapa ya??
    Walau hati tertanya-tanya aku tetap juga membawa penumpang-penumpang keluar masuk dari taman-taman ke pekan,dari asrama pekerja ke pekan...seronoknya membilang rm yang semangkin bertambah dalam pouchbag ku!  Sehinggalah dalam keseronokan aku membawa 13 orang penumpang dalam van ku yang macam sadin tu aku dihimpit oleh 2 buah kereta menyuruh aku ketepi...aku jadi takut, gelabah dan tak tentu arah...aduh...! matilah aku kali ini!..baru aku teringat roadtax van aku dah 2 bulan mati..kalau JPJ habislah aku...dalam kelamkabut aku berhentikan van dan......aku terus melompat turun dan berlari meninggalkan van serta penumpang-penumpangnya..aku pecut sekuat hati aku, apa jadi sekali pun aku x nak kena tangkap..rasa-rasanya larian aku waktu itu mengalahkan raja pecut negara! Apa jadi pada penumpang-penumpang ku aku pun x tahu..bagaimana dan dengan apa mereka ke pekan aku tak mahu ambil tahu, yang penting aku mesti selamatkan diri aku dulu, kalau kena tangkap...tak ke haru..cam nelah anak-anak ku nanti...
   Aku berlari tanpa menoleh ke belakang, lari dan lari lagi....tercungap-cungap.. nafas macam nak putus, dadaku berdebar-debar, kaki macam nak tercabut rasanya...bila aku berhenti berlari aku dah kat depan restoran madu ku rupanya..kenapa kak? apa dah jadi?, mana van? kenapa akak berlari? siapa kejar akak? mana abang? bertalu-talu madu ku mengajukan soalan..aku hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala sambil tercungap-cungap dengan nafas yang turun naik!!
    Setelah keadaan ku  setabil aku duduk, maduku berikan segelas air, aku minum sambil menyeka peloh yang berjuraian di pipiku,dengan tenang aku bercerita pada madu ku tentang hal yang sebenarnya berlaku..
Dia menganggok-anggok faham dan menalipon suami kami, suami ku datang dan menenangkan aku.
    Lega rasanya bila melihat suami ku tersenyum dan lantas ketawa bila mendengar penjelasan aku, tapi aku heran kenapa pula dia ketawa? rupa-rupanya orang-orang yang memintas van aku tadi bukanlah anggota JPJ tapi orang tarik kereta..van yang aku pandu tu sudah 3 bulan tertunggak bayarannya! Sekarang van tersebut ada di balai polis..kata suami ku. Hei....penat dan letihnya aku berlari tadi! kalaulah aku tahu bukan JPJ tak ingin aku memecut sebegitu rupa!!!setelah lega aku dihantar pulang oleh suamiku dan dia berjanji akan melunaskan ansuran van yang tertunggak itu dan membawa pulang van tersebut pada hari isnin.
    Selepas hari itu 2 minggu aku tidak memancha, nak kata serik tidak juga kerana masuk minggu ketiga aku mula memancha kembali tetapi tidaklah sekerap biasa, dapat lepas belanja pasar, pampers anak-anak dan duit petrol kira ok lah, ada lebih aku simpan namun nak memancha gila-gila macam dulu mungkin tidak...
    Begitulah indahnya memori bila dikenang, memori yang tidak mungkin terjadi lagi saat ini kerana saat ini aku telah menjadi seorang nenek kepada seorang cucu, dan masa luang ku adalah menjual goreng pisang!

No comments:

Post a Comment