Sunday 27 March 2011

**** SINDROM FACEBOOK @ BLOGGER*****

    Pagi minggu aku bangun seperti biasa, malas nak bermalas2 atas katil, rasanya dah penat berbaring semalaman. Aku mandi, solat dan kedapur menyiapkan sarapan, sambil sarapan aku membelek2 akhbar harian. Aku tertarik dengan satu coretan mengenai facebook, mengenai keburukan laman sosial yang menjadi ikutan jutaan manusia di seluruh dunia..termasuk suami, anak2 dan aku sendiri!
    Coretan tersebut mengenai sebuah rumahtangga yang dulu ceria kini bertukar hambar gara-gara isteri berkasih kembali dengan kekasih lamanya, semuanya bermula dari laman sosial tersebut! buruk benar bunyinya bila orang dah beranak penak, bercucu cicit maseh lagi mahu memadu kaseh, bercinta sakan , berbalas sms, bercatting dalam bahasa asmara, saling berSHARE lagu dan sebagainya d laman sosial tersebut. Itu bagi orang yang nafsunya telah mengatasi akal warasnya! memang buruk dan teruk!
    Namun bagi aku, mungkin sebaliknya.. sebenarnya dah lama aku sering mendengar anak-anak bercerita sesama mereka adik beradik tentang facebook ne, masa tu aku belum memiliki komputer lagi, anak-anakku sering ke cc, bila aku tanya untuk  apa ke sana, mereka kata nak layan fb..Bila balik ke kampung, anak-anak ku, ipar duaiku, anak-anak saudaraku semuanya bercerita pasal fb, dok depan komputer bercatting,,bergilir-gilir..mana yang ada bluebarry, blackberry maka mereka bertasbihlah sambil tersenyum-senyum!! haru betul penangan fb ne..
    Dan....akhirnya aku membuka account di fb dengan bantuan anak ku, siapa lagi kalau bukan kak long, dia kalau bab-bab macam ne memang suka dan pakar! Sebenarnya ada yang tersirat mengapa aku membuka account di fb ne.. meski dulunya aku memang x terdetik langsung nak melayarinya, bagiku itu hanya membuang masa,.. banyak lagi kerja yang lebih berfaedah untuk dilakukan selain layan fb tu!!
    Pertama nya aku dapat memantau anak-anak ku, mengenali kawan-kawan mereka yang secara tidak langsung menjadi kawan ku juga. Menjejaki kegiatan harian mereka selain waktu belajar mereka, kerana x semua kegiatan harian dengan kawan-kawan mereka diceritakan pada ku, tapi mereka akan bercerita di fb, saling memaparkan gambar-gambar!
    Anak-anak x semuanya sama, berbeza peribadinya, ada anak-anak yang becok, riang , ada yang pemarah,dengki, irihati dan ada yang pendiam, x banyak cakap, sepatah ditanya sepatah dijawab malah kadang-kadang x bersuara langsung.. Namun dengan adanya teknologi ne aku  dapat mendekati mereka,
Yang becok dan periang tu dah semestinyalah jadi kawan baik aku,..,anak-anak yang pemarah dan pendiam ne agak sukar untukku mendekatinya..kini..... dah x sesukar dulu kerana aku dapat mendekati mereka di laman fb, berbual-bual dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka dan kawan-kawan mereka!
Yang kelakarnya dok dalam satu rumah tapi berbual di fb, kekadang aku di komputer mereka di lappy dan begitulah sebaliknya.Alhamdulillah kini aku dapat memantau anak-anaku dengan lebih dekat lagi, menegur mereka dan menasihati mereka dengan cara x langsung...dan mereka terima!
    Suami ku pula. ...ha...ini kes paling sukar!! suami aku ne jenis orang yang sentimentel dan romantik! ayat-ayat power tu!!Handsome tu x sangatlah p sweet lookinglah kata omputeh!  Beliau membuka account di fb lebih dulu dari aku( ini pun salah satu sebab aku buka account di fb) .Mula-mula buka account tu..kira oklah lagi,..tapi lama kelamaan bila kawan-kawan catting nya dah ramai (pompuan lagi ramai ) aku tengok beliau dah lain macam, mula dah berlama-lama depan lappy, kekadang anak-anak naik boring sebab x dapat nak guna lappy...abah dah x ikut giliran..kata mereka, abah dah melebihi waktu yang ditetapkan..abah itu...abah ini...aduh...pening kepala aku!!
    Baru-baru ne, setelah sekian lama mencari kekawan lamanya, suamiku telah terujumpa suatu grup kekawan sekolah nya di laman fb...bukan kepalang gembiranya beliau!!! x habis-habis bercerita tentang kekawan sesama sekolahnya dulu... seronok mengenang kembali memori sewaktu di kampung dulu.. katanya,
maka berSHARE lah mereka lagu- lagu zaman mereka dulu, saling memaparkan gambar dulu dan terkini...dan....paling hebat..beliau sanggup berjaga sampai pukul 2,3 pagi semata-mata untuk bercatting!! aduhai....celik IT betul suamiku!!!Kalau dulu masa luangnya dia suka lepak di kedai kopi, kini tidak lagi.. beliau lebih suka dok di rumah mengadap lappy dan kalau pergi berjalan-jalan , beliau tidak sabar-sabar nak pulang, nak bebual dgn kekawan di fb! ha...kan bagus tu..dapat tengok suami sentiasa di depan mata.
    Aku seorang wanita yang berfikiran terbuka, cemburu buta jauh sekali,..nak bersembang sampai ke subuh pun aku tak kesah asal jangan sampai lalai akan tugas-tugas harian dan kewajipan sebagai seorang suami sudah! dengan siapa dan apa yang beliau cattingkan aku x mahu tahu, kerana aku tahu sejauh mana hati beliau, lagipun laman sembang beliau pun selalu aku lawati dan saling bertukar-tukar komen! Bercattinglah suamiku kalau itu mengembirakan hati mu!
    Buat diri aku pula, x ada lah menarik sangat fb ne, setakat SHARE lagu, masukan gambar-gambar dan saling berkomen-komen apalah sangat..untuk orang-orang muda  rasa-rasanya oklah tapi buat orang yang dah berusia retro macam aku ne rasa-rasanya buat memantau anak-anak dan suami tau isteri bolehlah..nak mengadap sepenoh masa mintak maaflah,..banyak lagi kerja lain yang tak habis-habis nak di buat oleh seorang isteri, ibu dan nenek seperti aku ne!!
    Tapi..jangan x tau ,, ne satu penyakit lagi yang kak long dah ajarkan aku... jadi blogger pulak!!! ha... ne mak suka...memang suka...dapat mengasah minda mak yang dah lama berkarat ne!! alamak...ne layan blog mak terlupa nak masak,,idea dtg mencurah-curahlah pulak... nasib baik ada menantu..dah masak rupanya!
Terima kaseh menantuku!...
   Kesimpulannya di sini (buat aku) adalah.... baik Facebook atau Blogger sama sahaja ....MELALAIKAN  kalau kita obses padanya! Jadi pandai-pandailah kita mengawal diri dan memanafaatkan teknologi yang sedia ada dan pepandailah membahagi-bahagikan masa agar kita tidak terus hanyut di alam maya tanpa sempadan tersebut! Namun kalau di beri pilihan aku lebih suka ruangan blogger sebab di sini aku dapat mencurahkan segala apa yang terbuku di hati aku, segala yang bersarang dalam minda aku dan segala memori lama yang pernah aku lalui semenjak aku di sekolah rendah sampailah aku dah beranak bercucu ni...semuanya dapat aku luahkan dalam coretan(ketukkan huruf-huruf)..aku puas!




.
Untuk Ruangan Sembang-sembang Midi
Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.editor.midi@karangkraf.com.my

Friday 18 March 2011

KEMBARA KEHIDUPAN (II)

Sekian lama meninggalkan kampung halaman, kini setelah usia menjangkau ke 37 tahun, beranak 6 aku kembali..Kembali kerna segala apa yang aku perolehi dlm kembara sengkat ku d tempat orang telah hilang.... semuanya gara2 kesilapan sendiri..kesilapan suami...kesialpan yang x akan dapat d tebus lagi...punah semuanya...menyesal pun x ada gunanya, cuma yang dapat ku lakukan kini hanyalah belajar dari kesilapan dan banyakan berdoa pada Nya.

Anak2 ramai, maseh kecil2, maseh bersekolah, suami x punya pekerjaan tetap setelah berhenti sebagai anggota polis,siapalah yang  suka..? kehadiran dan kepulangan kami bagaikan bebanan buat mereka..aku tahu dan rasai itu..mengalir lagi airmata ku..kasihan anak2 ku.. dan...akhirnya aku berpindah ke sebuah kampung kecil,.. menyewa rumah(lau boleh d panggil rumah) 2 bilik, aku kerja kilang, suami jdi tukang masak disebuah warong kecil..pendapatan ku x seberapa, tapi cukuplah untuk makan kami anak beranak,untuk blnja sek..aku buat kue,n nasi lemak bawa ke kilang.. alhamdulillah jualanku laku..

Dugaan Tuhan buat ku lagi, yg x dapat ku lupakan. .menunggu gaji keluar dari bank, aku x de duit nak balik, tunggu di bus stop depan bank sampai tertidor..sedar2 hari dah gelap..g bank,cucuk kad gaji maseh x kluar lagi,blek umah jalan kaki..1km dlm gelap...nangis dalam hati..sampai umah beras pula habis.....ya Tuhan... tabahkanlah imanku atas dugaan ini!!anak2 belum makan...dgn kepenatan aku ke kdi runcit ..menebalkan muka....minta izin untuk berhutang!!! alhamdulillah manusia yg berhati perut itu mengizinkan permintaan ku..
Sampai kini aku ingat jasa mu wahai insan mulia...

Sepajang waktu aku tinggal d rumah sewaan itu, hanya adek ku yang ke 6 yg sering melawat kami sekeluarga. maklumlah hanya dia saja yg setaraf dgnku waktu itu..akan ku kenang sampai bila2'  Ada masa2nya waktu itu kami keputusan rm untuk membeli lauk, kesian anak2.. mseh ku ingat lai.. aku buatkan nasi grg berencahkan pucuk ubi,garam dan ajinomoto saja untuk sarapan,mkn thari dan mkn mlm utk alaas perut anak2 ku...ku nanti kepulangan suami ku spj mlm, ku nanti kalau2 dia ada membawa pulang sisa2 makanan dari warong tpt dia bekerja! Alhamdulillah , penantianku x sia2.. dia pulang dgn juadah yang waktu itu aku dan anak2ku anggap adalah juadah yg paling enak!...lebihan sup rangka2 ayam yang d masukan kedalam plastik sampah!!!! "sayang..hanya itu yg mampu abg bwa balik untuk lauk kita esok!" bisik suamiku, sambil menyeka air mata yg mengalir d pipi ku.Alhamdulillah...bisik ku dgn pnoh kesyukuran.. seronoklah anak2 ku esok berlaukan sup ayam..walaupun hanya rangka ayam yg ku tambahkan air,garam n ajinomoto!
Aku puas dgn dugaan kepayahan ini ya Allah, Kau benar2 beri pd ku dan suami ku erti keperitan hidup! Kau telah memberi kami kesedaran!

Rezeki anak2, aku telah d terima bekerja sebagai kerani disebuah pejabat pengangkutan, gajinya bolehlah tahan, suamiku pula dpt membeli sebuah kereta terpakai,dan bekerja dgn kawannya..pendapatannya oklah juga, dgn rezeki yg sedikit meningkat itu kami berpindah ke sebuah rumah yg agak selesa sedikit..itu pun setelah rumah yg kmi duduki d tenglami banjir! Sehingga kini aku telah tinggal d taman ini selama 10 tahun..punya,menantu, punya cucu dan kini..bakal menimang seorang lai cucu dan insyaallah penghujung tahun ini bakal menerima seaorang lai menantu..InsyaAllah! mengisi hari2 mendatang pada usia retro ini aku bersama suami menjalankan perniagaan kecil2an, jual buah2an dan goreng pisang,,semoga kembara kehidupan ku berakhir dgn penoh keceriaan..Amin,amin ya raabalalamin!!

KEMBARA KEHIDUPAN KU

Tak tau dari mana nak ku mula, kerna hidup ini sudah terlalu jauh kembaranya ku rasakan..p pada situasi
begini ku rasa eloklah ku mulai dari pertengahan hidup kerna dari c 2 bermulanya kehidupan yg penoh liku..kadang gembira, kadang brduka,tangis hiba..hu..hu..,ketawa ria..ha..ha..

Ku tamatkan zaman remajaku pd usia 23 tahun,jodohku dgn insan yg amat ku cintai setengah mati (waktu itu)..lelaki yg jdi rebutan..p aku brjaya menawan hati..entahlah kerna apa aku berjaya aku sndiri pun x tahu..aku cantik!! katanya..entahlah sebab d antara aku ada lai yg cantik..aku pndi ambil hatinya..bila plak aku belah dada dia ???aku pndi masak....takat grg telor n masak air pandailah....itulah kepura2an namanya yg aku x nampak masa aku bcinta!!! silap...silap..kesilapan yg maha hebat!!!

Punya cahayamata pertama pd usia 24 tahun..pengalaman yg begitu myronokkan..kehamilan..membawa perut yg memboyot kemana2,tiap bulan g klinik smpilah bsalin,...g hospital,msuk ward..hampir2 d bedah kerna bayi menyongsang.....aduhai...alangkah kritikalnya ketika itu,,p x jdi sebab bayi dah kluarkan kaki kirinya sendiri..
dlm kesedaran yg hakiki dapat ku lihat kaki kiri c kecil tegedik2..alahai comelnya kaki itu ,,bisik hatiku sambil menahan kesakitan....maha besar kuasa Allah,,lahirlah anakku yg pertama dgn selamat wlaupun kelahirannya
tidak spt bayi2 lain(kaki dahulu),bayi normal kepala dulu!

Bermulalah kehidupan beranak penak...walau waktu itu rumahtanggaku penoh kemelut dek karenah sang suami..air mata bagai sahabat setiaku waktu itu, apa jua kehibaan ku telan sndiri bertemankan airmata yg setia
usia meningkat seiring waktu2 hiba ku...usia 26 anak kedua lahir,..sang suami x jua brubah..usia 31anak ke tiga, usia  33 anak keempat..di c nilah kemuncak kehibaan yg teramat hiba bagi seorang perempuan yg brstatus isteri..aku d MADU kan dgn seorang perempuan yang bergelar andalusia...x mengapa.....aku redha..
aku redha kerna aku sedari itu adalah qada` dan qadar kehidupan ku..mungkin ada hikmah d sebalik semua itu..bisik hati kecil ku sambil menahan air mata setia ku..aku iringi pernikahan mereka, aku duduk d samping
bakal maduku...aku tandatangani surat keizinan itu dan aku anggukan kepala tanda setuju bila dtanya oleh imam sambil tersenyum walau hati ku penoh kepiluan,,,wahai sahabat setia ku usahlah kau gugur saat ini kerna
ini adalah majlis gilang gemilang suamiku..jgn d rosakan dek kerna setitis air mata...semoga mereka
berbahagia!! doaku dlm hati dlm nada pilu.

.Kehidupan bermadu ku lalui biasa2 saja..aku n maduku baik2 saja, mcm kekawan..kekadang 2 kami pergi shooping sesama, mkn mlm sesama dan paling seronok bila kami sama2 memasak di dapur, menyediakan juadah untuk suami kami dan anak2 ku merangkap anak tiri madu ku..Dan paling x dapat ku lupakan ialah dia menjaga ku dan suami ku sewaktu aku dalam pantang anak ke lima ku.. waktu itu usia ku 35 thun.Kehadiran maduku ku rasa tidak merubah langsung kehidupan ku..kaseh sayang suamiku nampak tambah mendalam terhadap ku dan anak2,waktu bersamanya tidak terjejas langsung..mungkin kerna waktu itu aku dan dia bekerjasama dalam bisness pengangkutan ,(van sekolah)..aku seronok waktu itu..atau...aku buat2 seronok????entahlah!!!

Tahun1998 aku kembali ke kampung halamanku,dengan membawa perut yg sarat mengandung anak keenamku..ku tinggalkan pekan kecil yg penoh dgn memori suka duka dgn penoh duka nestapa... "selamat tinggal rumahku syorgaku, selamat tinggal kekawan,selamat tinggal jiran tetangga n selamat tinggal MADU ku"!..x tahu apa silap rumahtangga suami dan maduku jadi berantakan..yang penting bukan aku jdi penyebab mereka berpisah..tatkala suami menyatakan bahawa dia telah melepaskan maduku dgn talaq..... air mata hiba ku mengalir deras bagai air terjun gunung pulai..! sedih sungguh mengenangkan maduku yg menjanda !!

Wednesday 16 March 2011

~NASIB SI PEMANDU VAN SAPU~

    Pada saat turunnya hujan, bisness agak lembab, masa luang ku isi dengan mengelamun, mengenang memori silam, pedih hiba,gembira ria silih berganti. Entah mengapa kala ini aku teringat suatu memori yang hampir ku lupai, memori sewaktu aku menjadi pemandu van sapu!..orang Johor panggil "Pak wan cha"!
    Masa tu umur ku dalam lingkungan 30an, tinggal di sebuah pekan kecil ( namun merupakan pintu masuk ke Johor kalau menaiki kapalterbang), aku seorang surirumah sepenuh masa, punya 5 orang anak dan punya seorang madu!.Suami ku ada bisness pengangkutan jadi aku adalah salah seorang pemandunya, mengangkut murid-murid sekolah. Masa luang aku jadi pemandu van sapu!
    Aku ingat lagi, hari tu hari sabtu..kebiasaannya pada hari-hari cuti sabtu dan ahad atau cuti umum, orang memang ramai nak keluar berjalan-jalan, terutamanya pekerja-pekerja kilang yang tinggal di asrama. Jadi.. kesempatan inilah aku ambil untuk mengumpul rezeki. Tambang nya hanya rm1 sahaja seorang untuk sampai ke pekan.
    Aku bangun pagi seperti biasa, solat dan menyiapkan sarapan untuk anak-anak ku. Anak-anak tak bangun lagi,  aku bersiap-siap untuk pergi memancha, aku periksa air dan minyak hitamnya, aku hidupan enjen kemudian aku sapu dan lap lebih kurang dan aku pun bertolaklah dengan seribu harapan agar hari ini aku mendapat rezeki lebih sedikit dari hari-hari biasa.
    Mula-mula aku menghala ke asrama pekerja-pekerja kilang yang berdekatan dengan lapangan terbang, fuhh...ramainya yang nak ke pekan hari ini..rezeki nampaknya, aku jadi tak tentu arah, mana satu group yang nak aku ambil dulu? ah..ambillah mana-manapun sama sahaja, bayarannya tetap rm1 seorang.Biasanya van aku tu muat 10 orang penumpang saja, tapi hari itu aku sedikit tamak aku isi van aku seramai 12 orang..macam sadin!!pun...aku hayun saja..
    Alhamdulillah hari itu rezeki ku mewah sekali, menjelang tengahari aku dah dapat mengumpul lebih kurang rm80..banyak tu.. aku pulang ke rumah untuk melihat anak-anakku,dah bangunkah mereka? dah makan kah mereka?sampai di rumah anak-anak semuanya ok.Aku solat dan melayan anak-anak sekejap kemudian keluar lagi memancha, nak tambah rezeki, lebih-lebih lagi di pekan hari itu ada pasar malam, tentu tambah ramai orang yang nak keluar ke pekan.
    Kali ini aku menghala ke asrama pekerja di salah sebuah taman perumahan yang berdekatan dengan rumah ku, wow....ramainya yang nak ke pasar malam..pun..aku jadi gelabah, seorang demi seorang masuk dalam perut van ku, sampai 12 orang..aku jalan..seronoknya aku hari itu, namun dalam keseronokan itu terdetik dihati ini, mengapa x ramai yang memancha hari ini? selalunya kalau hari pasar malam begini ramai rakan van sapu yang akan turun,tapi tidak pada hari ini..mengapa ya??
    Walau hati tertanya-tanya aku tetap juga membawa penumpang-penumpang keluar masuk dari taman-taman ke pekan,dari asrama pekerja ke pekan...seronoknya membilang rm yang semangkin bertambah dalam pouchbag ku!  Sehinggalah dalam keseronokan aku membawa 13 orang penumpang dalam van ku yang macam sadin tu aku dihimpit oleh 2 buah kereta menyuruh aku ketepi...aku jadi takut, gelabah dan tak tentu arah...aduh...! matilah aku kali ini!..baru aku teringat roadtax van aku dah 2 bulan mati..kalau JPJ habislah aku...dalam kelamkabut aku berhentikan van dan......aku terus melompat turun dan berlari meninggalkan van serta penumpang-penumpangnya..aku pecut sekuat hati aku, apa jadi sekali pun aku x nak kena tangkap..rasa-rasanya larian aku waktu itu mengalahkan raja pecut negara! Apa jadi pada penumpang-penumpang ku aku pun x tahu..bagaimana dan dengan apa mereka ke pekan aku tak mahu ambil tahu, yang penting aku mesti selamatkan diri aku dulu, kalau kena tangkap...tak ke haru..cam nelah anak-anak ku nanti...
   Aku berlari tanpa menoleh ke belakang, lari dan lari lagi....tercungap-cungap.. nafas macam nak putus, dadaku berdebar-debar, kaki macam nak tercabut rasanya...bila aku berhenti berlari aku dah kat depan restoran madu ku rupanya..kenapa kak? apa dah jadi?, mana van? kenapa akak berlari? siapa kejar akak? mana abang? bertalu-talu madu ku mengajukan soalan..aku hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala sambil tercungap-cungap dengan nafas yang turun naik!!
    Setelah keadaan ku  setabil aku duduk, maduku berikan segelas air, aku minum sambil menyeka peloh yang berjuraian di pipiku,dengan tenang aku bercerita pada madu ku tentang hal yang sebenarnya berlaku..
Dia menganggok-anggok faham dan menalipon suami kami, suami ku datang dan menenangkan aku.
    Lega rasanya bila melihat suami ku tersenyum dan lantas ketawa bila mendengar penjelasan aku, tapi aku heran kenapa pula dia ketawa? rupa-rupanya orang-orang yang memintas van aku tadi bukanlah anggota JPJ tapi orang tarik kereta..van yang aku pandu tu sudah 3 bulan tertunggak bayarannya! Sekarang van tersebut ada di balai polis..kata suami ku. Hei....penat dan letihnya aku berlari tadi! kalaulah aku tahu bukan JPJ tak ingin aku memecut sebegitu rupa!!!setelah lega aku dihantar pulang oleh suamiku dan dia berjanji akan melunaskan ansuran van yang tertunggak itu dan membawa pulang van tersebut pada hari isnin.
    Selepas hari itu 2 minggu aku tidak memancha, nak kata serik tidak juga kerana masuk minggu ketiga aku mula memancha kembali tetapi tidaklah sekerap biasa, dapat lepas belanja pasar, pampers anak-anak dan duit petrol kira ok lah, ada lebih aku simpan namun nak memancha gila-gila macam dulu mungkin tidak...
    Begitulah indahnya memori bila dikenang, memori yang tidak mungkin terjadi lagi saat ini kerana saat ini aku telah menjadi seorang nenek kepada seorang cucu, dan masa luang ku adalah menjual goreng pisang!

Sunday 6 March 2011

***PERMATA HATI KU***

   Sayang,permata hati,kekedang bicara kalian adalah hiburan buat ku, tutur kata kalian kadang mengundang tawa di hati ini, merenung jauh kedalam mata kalian bagaikan merenung akan kehidupan yang bakal kalian lalui dan tempuhi ...gelapkah?terangkah?senangkah? susahkah? berjaya atau tidak??hanya Allah saja yg maha mengetahui!!
   Sayang,permata hati,ada kala bicara kalian adalah belati menghiris hati ku, tutur kata kalian kadang mengundang hiba di hati ini, jauh merenung kedalam mata kalian bagaikan merenung kembali tingkah laku dan dengusan kalian yang membuat airmata ini mengalir dipipi!..tega sungguh kalian!!
   Sayang, permata hati,mama mau kalian tahu.. walau seribu atau berjuta bicara atau tuturkata kalian yang menyentuh hati ini kalian tetap permata hati mama di dunia dan akhirat...dari dulu, kini dan selamanya!
Mama sayang kalian semua....!!PERMATA HATI KU!!


*kak long Seri

*angah Iqbal n family

*Najibullah

*Hisbullah Affan

*Siti Khadijah Hanim


*Si bungsu Khairil Lutfi








Tuesday 1 March 2011

HARI-HARI YG AMAT MEMBOSANKAN..!

                          FAJAR NAN MENYINGSING
                          BEDUK BERSAHUTAN
                           AZAN BERALUN,,,,SYAHDU KEDENGARAN!
                          BANGKIT DARI LENA...
                          SEMALAMAN......
                          BERSIRAM......BERSOLAT...HILANG KEGUNDAHAN HATI!
                        
                           NAMUN .........
                           KEBOSANAN MENGATASI SEGALA....
                           KU CUBA MENGHINDARINYA....
                           NAMUN.................
                            IA BAGAIKAN TEMAN SETIA KU...
                           WAKTU INI.....SAAT INI.....
                           HARI INI......TIKA INI......
                           MINGGU INI.........KALA INI......
                           BULAN INI..........DETIK INI.......
                           TAHUN INI........JAM INI.
                           TAHUN LALU.....DAN..TAHUN BEGANTI TAHUN....

                          BEGITULAH,,,,!!!
                          HARI-HARI YANG KU LALUI
                          AMAT MEMBOSANKAN,,...!

                          KERNA.....
                          HARI INI ,WAKTU INI, SAAT INI, DETIK INI....
                          PADA SAAT JEMARI INI MEMATUK HURUF2....
                          AKU.....DALAM SITUASI....
                          YANG AMAT MEMBOSANKAN...............!!!!!